Astro Kini 20 Tahun Menceriakan Kehidupan Rakyat Malaysia

Hiburan

Astro Kini 20 Tahun Menceriakan Kehidupan Rakyat Malaysia

Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sudah 20 tahun Astro menghiburkan, menceriakan, menyentuh hati dan menggembirakan jutaan rakyat Malaysia menerusi saluran-saluran dan rancangan-rancangan mereka. Selaku seorang pengguna setia Astro, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah dan semoga Astro akan terus Go Beyond dalam mengisi kehidupan pelanggannya.

asto 20 tahun

bergaya sikit sempena ulangtahun ke 20 Astro. Amcam hensem tak?

Ketika menghadiri majlis ulangtahun ke 20 Astro, pelbagai informasi serta perkara menarik yang telah mencuri perhatian Abang Nara. Paling Abang Nara suka ialah segmen Datuk Aznil, Johan, Zizan, Nabil dan Vincent Chong berkongsi bagaimana Astro telah mengubah kehidupan mereka. Datuk Aznil berkongsi bagaimana Astro telah membantu membina kerjayanya semula dengan memberi tawaran menjadi hos Akademi Fantasia. Johan pula daripada direct selling kepada salah seorang pelawak terkenal Malaysia. Memang hidup mereka semua berubah ke arah yang lebih baik dengan bantuan dari Astro.

Advertisement
asto 20 tahun

Harith Iskandar bertanya soalan kepada kelima-lima personaliti Astro ini

Salah satu perkongsian yang paling Abang Nara ingat ialah tentang kehidupan Nabil sebelum dan selepas memasuki Raja Lawak. Nabil yang seperti kita tahu merupakan juara program Raja Lawak musim kedua. Sebelum memasuki rancangan ini Nabil merupakan seorang despatch. Memang kehidupan Nabil bertukar 100% selepas berjaya menjuarai rancangan Raja Lawak. Daripada gaji sekadar RM600 ketika menjadi despatch, Nabil kini mampu memiliki rumah sendiri, hidup selesa dan mempunyai kenderaan yang boleh tahan hebat. Tergelak semua orang bila Nabil menceritakan bagaimana dia mengalami culture shock apabila mendapat wang bernilai RM60,000 selepas bersama Astro. Iyerlah sebelum ini paling banyak dapat pun RM600 je. Terus habis RM60,000 tue belanja kawan-kawan. Kelakar sungguh.

asto 20 tahun

Datuk Rohana Rozhan melakukan sambutan simbolik ulangtahun ke 20 Astro

Sepanjang 20 tahun ini, banyak perubahan serta inovasi yang telah dilakukan oleh Astro untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. CEO Astro, Datuk Rohana Rozhan telah memberikan jaminan akan meneruskan kecemerlangan Astro untuk tahun-tahun yang akan datang. Banyak program-program baru serta perancangan yang cukup teliti telah dilakukan oleh Astro untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Selaku pengguna setia Astro, Abang Nara memang 100% berpuas hati dengan mutu saluran serta kandungan Astro. Semuanya best-best dan kena dengan cita rasa ini.

asto 20 tahun

pelakon drama Doctors, Kim Rae Won buat kemunculan istimewa

Paling mengejutkan dan mengujakan di sambutan ulangtahun ke 20 Astro ini adalah kehadiran Kim Rae Won, hero drama Korea yang berjudul Doctors. Amboi, amboi, amboi. Memang hensem sungguh Kim Rae Won ini. Abang Nara memang layan drama Doctors ini menerusi saluran 393 ONE HD. Peminat-peminat Kpop mesti layan saluran 393 sebab macam-macam rancangan best terutamanya Running Man yang disiarkan setiap minggu. Memang 393 ONE HD adalah satu satu saluran feveret Abang Nara dan isteri. Hehehe.

asto 20 tahun

antara selebriti dan kartun-kartun kegemaran ramaii di Astro

Sempena ulangtahun ke 20nya, Asto ingin memberikan 20 hadiah yang ingin diberikan kepada anda smeua. Siapa ada karnival ekslusif iaitu Astro Fest yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon khas untuk para pengguna Astro pada 20 November 2016 ini. Meh kita tengok antara 20 hadiah super awesome yang telah disediakan oleh Astro khas untuk anda.

asto 20 tahunasto 20 tahunasto 20 tahun

Best-best kan hadiah yang disediakan oleh Astro ini? Memang akan menjadi satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sekiranya anda berjaya memenanginya. Banyak lagi hadiah-hadiah best yang bakal menjadi milik anda. Cara-cara penyertaan dan kesemua hadiah yang ditawarkan boleh dilihat di https://celebrating-you.astro.com.my. Kesemua 20 hadiah ini adalah kerjasama di antara Astro dengan saluran-saluran di dalamnya seperti Astro Supersport, Astro Ceria, TLC, ONE HD dan banyak lagi.

asto 20 tahun
Sekali lagi, selamat ulangtahun yang ke 20 Abang Nara ucapkan kepada Astro. Semoga anda akan terus Go Beyond di tahun-tahun akan datang untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Sekiranya anda pengguna Astro, pesanan Abang Nara jangan lupa untuk layari https://celebrating-you.astro.com.my untuk mencuba nasib anda memenangi 20 hadiah-hadiah super best sempena ulangtahun Astro. Mana tahu ada rezeki kan? Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...