Astro First, Kini Di Pawagam Dan Di Rumah Anda

Hiburan

Astro First, Kini Di Pawagam Dan Di Rumah Anda

astro first

Bayangkan hanya dengan RM15 untuk satu filem, anda boleh menonton filem-filem Melayu yang baru sahaja ditayangkan di pawagam. Contohnya katakan filem Hantu Kak Limah baru berada di pawagam 2 minggu lepas, jangan terkejut kalau anda sudah boleh menontonnya di channel 480. Tak perlu pergi ke wayang lagi sebab kini pawagam sudah boleh dibawa ke dalam rumah anda.

Advertisement

Bermula hari ini, 3 buah filem yang bakal boleh dibeli di Astro First ialah Ngangkung, Damping Malam dan Aku Masih Dara. Malah selepas tiga filem tersebut, pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem-filem lain seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya pada bulan-bulan akan datang.

Ok meh sini nak ajar cara pembelian filem menggunakan Astro First:-

[note]Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Advertisement

2. Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst [/note]

Buat anda yang tak sempat tengok filem Ngangkung, kami cadangkan anda terus membeli filem tersebut dengan cara di atas. Sila tengok filem Ngangkung sebab filem tersebut sememangnya mempunyai mesej yang tersendiri. Lagi-lagi kalau anda sememangnya gila judi.

Lagi gambar sekitar pelancaran Astro First dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar diambil oleh Tuan Aiman yang disahkan kacak oleh Persatuan Lelaki Kacak Sedunia. Tuan Aiman masih single dan merupakan fotografi tak rasmi BeautifulNara.

astro first

astro first

astro first

astro first

Advertisement

astro first

astro first

astro first

astro first

astro first

astro first

astro first

astro first

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...