Written by AbangNara | August 28th, 2014

Baru-baru ini pelanggan Astro telah mengalami masalah untuk menonton saluran yang dilanggani kerana terdapat gangguan perkhidmatan. Berdasarkan penerangan di Facebook Astro, gangguan itu berpunca daripada kebakaran di premis Astro di Bukit Jalil. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya yang bersabar sepanjang gangguan perkhidmatan tersebut, Astro akan membuka kesemua saluran bermula daripada 6 petang, 29 Ogos (Jumaat) ini.
astroKesemua saluran kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports akan dibuka untuk tontonan pelanggan Astro sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. Berikut ialah petikan penjelasan yang diambil daripada Facebook Astro:-

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

astro

Maka hujung minggu inilah marilah kita bersantai sambil menonton Astro beramai-ramai di rumah sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti luar. Maklumat lanjut boleh layari www.astro.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Astro Buka Semua Saluran Sebagai Tanda Penghargaan

  1. jejai says:

    adoi astro….patut kasi discount bill la bkn channel free…skali skala dpt discount bill 50% bagus gak

    0

    0
  2. klcc says:

    tukar tajuk tu bkn atas tanda penghargaan tapi atas tanda mintak maap!

    0

    0
  3. Biskut says:

    Buat apa bukak semua cenel. Cam mana dgn pelanggan yg mmg dh melanggan smua cenel tiap bulan? rugi la dorg camtu. dorg yg amik basic package jer la yg untung gini. tu pun cerita main ulang2 hampir tiap hari. cuba la bg rebate 50% ker…br adil….

    0

    0
  4. Anon says:

    apa untungnya? disc 50% la bulan ni bru i maafkn !!

    0

    0
  5. noname says:

    patut la dpt sms smlm dia bg free tgk astro first yg aku pena beli 24 & 25 aribulan arituh. 2 hari dia bg tgk free start smlm, tp cte yg aku beli tu la. cer bg cte lain pulak…warghahaha =D

    0

    0
  6. mum2be says:

    patutlah nk tgk masterchef us 5 xdpt aritu…hampeh astro
    xkan 3 hari je..propa sgt…bgle 3 bulan

    0

    0
  7. ann says:

    ASTeROk!!!

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    Astro sepatutnyer buat ler diskaun sikit,kalau kasi free semua chanel pun bukan semua dpt nengok….

    0

    0
  9. ii says:

    bukan tu je,astro kene elakkn gangguan siaran bila hujan,sampai bila astro nak mcm ni.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    ASTRO = RM70 Sebulan ——> tukar NJOY= FREE

    0

    0
  11. Anonymous says:

    tapi klu tiga hari tu hujan, sama jg kan xleh nk tgk..hampehh

    0

    0
  12. Ruth says:

    Alahai..baru bcdng nk berastro tp dh byk dgr gosip2 x elok pasal astro. emm x jadilah nk sign up

    0

    0