Mengakui seluruh warga produksi Big Stage 2020 cukup terkesan dengan khabar duka pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, mendedahkan pemergian arwah Sandra merupakan sebuah kehilangan yang besar buat mereka.
Menurut Emarina, sebagai tanda penghormatan terakhir, pihanya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang pemergian arwah.
Katanya lagi, selain untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat, pihak Astro juga akan membantu daripada aspek pengurusan termasuklah membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah.
Malah akui akan turut menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.
Sekadar informasi, Sandra yang popular menerusi lagu “Hey Kau” itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.
Susulan kejadian, beliau mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.
Sumber: Gempak