BeautifulNara kini dalam High Definition blog terima kasih kepada Astro B.yond.
Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru.
Tahun 2010 bakal menjelma beberapa hari jer lagi. Kami dah start pasang cita-cita dan impian untuk benda-benda yang wajib dibeli di tahun 2010. Kononnya azam untuk tahun 2010 la nie. Macam-macam benda yang kami tulis dalam kertas conteng kami. Contohnya kereta, rumah, tanah kosong, lot kedai ngan banyak lagi lah. Last-last sekali kami list down kan 3 benda yang kami rasa mampu kami capai di tahun 2010 nie.
1. Nissan FairLady Z – memang mengancam beb kereta nie. Kalau bawak kete nie, dijamin 100% awek-awek akan berkerumun nak tumpang naik. Selama nie asyik telan air liur jer tengok orang lain pakai. Panas jugak hati!!!
2. Nintendo Wii – yang nie memang wajib ada untuk kami yang suka duduk rumah di hujung minggu. Daripada duduk bergolek-golek di atas katil, baik layan main game tennis kat Wii. Leh gak keluar peluh.
3. High Definition (HD) Plasma TV – nie yang paling wajib ada kat rumah kami nie. Tak kisah la jenama LG ke, Samsung ke. Asalkan kena ada HD Plasma TV sebijik kat umah nie. Sebab apa? Sebab nak menghayati kehebatan Astro B.yond yang hanya boleh dilihat kalau kat rumah korang ada HD TV.
Antara ketiga-tiga benda impian kami tue, HD Plasma TV tue paling berkemungkinan besar kami boleh dapat. Siap boleh dapat FREE OF CHARGE lagi tue. Memang puas hati kalau leh dapat HD TV yang besar cam dalam gambar kat atas tue. Compem tak keluar rumah duduk tengok TV jer sepanjang hari. Tapi sapa yang nak bagi percuma menatang alah nie? Mahal tue beb~~
Bersempena dengan pelancaran Astro B.yond, pihak Astro telah dengan bermurah hatinya nak bagi 3 bijik HD TV Plasma bersempena dengan Astro B.yond Bloggers Night. Ini semua bakal berlaku pada malam 13 Januari 2010.
Diulangi sekali lagi bahawa ada 3 HD TV plasma yang boleh dimenangi. Bukan satu dan bukan dua. Tapi tiga bijik tau, datang sekali dengan pakej channel Astro B.yond free sampai Dec 2010 tau. Banyak betul benda percuma yang Astro nak kasik. Sungguh baik hati pihak Astro dan sungguh bertuah bloggers yang dijemput hadir malam tue.
Sebab tuelah anda semua kena tulis sekreatif yang mungkin untuk mendapat satu jemputan ke event nie. Korang mesti nak tau cara nak dapat jemputan ke malam tersebut kan? Senang jer, leh refer kepada link ini .
Diingatkan sekali lagi jemputan adalah terhad, jadi buatlah apa yang patut secepat dan sehebat yang mungkin. Untuk malam tue, hanya satu jer HD TV Plasma yang boleh dibawak balik. Itupun kalau anda menang permainan Murder Mystery Game yang bakal dibuat malam tersebut.
2 lagi bakal dimenangi oleh para blogger yang menceritakan event Astro B.yond Bloggers Night dengan cara yang paling kreatif. Â Selain tue ada jugak penerangan pasal Astro B.yond dan demo Astro B.yond kepada para bloggers pada dijemput hadir malam tue.
Katakanlah kami menang HD Plasma TV tue, boleh la layan bola kat Channel ESPN dengan lebih jelas dan real guna Astro B.yond ni. Rasa-rasanya kalau tengok Manchester United main bola dengan kehebatan teknologi HD nie, mesti terasa macam kat dalam Old Trafford. Ntah-ntah nanti kami yang berpeluh sakan sebab terasa macam tengah main jugak.
Jadi apa bezanya High Definition (Astro B.yond) ngan Standard Definition yang kita tengok hari-hari tue? Untuk pengetahuan anda, HD punya kualiti adalah 5 kali lebih lebih mantap daripada SD dari segala segi. Antara yang best ialah.
- Gambar yang lebih jelas dan tajam. Katakanlah korang tengah tengok Astro tetiba keluar muka Sharifah Aini yang penuh tahi lalat tue, kami compem anda akan terkejut beruk sebab korang leh siap kira berapa banyak tahi lalat Kak Pah
- Lebih banyak warna. Ha nie paling sesuai bila time tengok festival bunga api kat TV. Takderlah korang tertanya-tanya bunga api kaler apa tue. Ntah-ntah orang buta warna pun terus jadi elok sebab kaler HD sangat cun dan jelas.
- Bunyi yang lebih mantap. Citer banyak tak guna kalau korang jenis layan movie kat HBO tue memang wajib dapatkan Astro B.yond nie. Diorang guna 5.1 Dolby Digital Surround punya sound tue beb. Lepas nie tak yah gi wayang dah. Duduk kat umah pun dah cukup. Sebijik macam dalam wayang
Yang bestnya pasal Astro B.yond nie, korang bukan je dapat dapat tengok program-program kegemaran korang dalam HD, tapi dekoder baru untuk Astro B.yond ada fungsi-fungsi lain yang best.
Ada Digital Video Recording (DVR) untuk rekodkan citer feveret and, ada Video On Demand (VOD) yang membolehkan korang tengok apa jer citer korang nak bila-bila masa dan ada IPTV.
Ini semua bakal boleh digunakan dalam masa 24 bulan lagi. Diorang bagi sikit-sikit jer dulu, takut korang kejutan budaya plak nanti kalau dapat semua fungsi sekaligus.
Buat masa nie ada 4 HD channel yang ditawarkan oleh Astro B.yond untuk anda merasai sendiri pengalaman baru. Channel-channelnya ialah ASTRO Supersport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD and HISTORY HD yang dah bermula 18 Disember 2009 hari tue.
Buat peminat-peminat bola sepak jangan risau sebab ESPN HD akan bermula Januari 2010 nie. Dan yang paling best ialah time World Cup 2010 nanti Astro B.yond bakal tunjukkan kesemua game dalam HD. Memang best tue beb. Compem terasa macam kat Afrika Selatan.
Untuk anda yang memang dah gunakan Astro, anda boleh tukar kepada dekoder Astro B.yond dengan hanya tambahan harga RM20 sebulan dengan kontrak selama 12 bulan. Bukan jer korang akan dapat dekoder baru tapi korang jugak akan dapat smart card baru, remote control baru dan macam-macam lagi lah. Apa sangat la RM20 dibandingkan dengan kehebatan HD yang bakal anda rasai nanti.
Kepada pihak Astro dan para bloggers yang bakal datang pada malam Astro B.yond Bloggers Night , bagilah kami menang HD Plasma TV tue nanti. Tak kesian ke tengok TV old school kitorang kat atas tue. Dah nazak betul dah tue. Tunggu masa nak ranap je.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk sini dan jugak boleh ikuti perkembangan terkini tentang Astro B.yond di Astro Facebook Fan Page