Aston Villa Kini Jadi Milik Jutawan Asia Ini, Ikut Jejak 5 Jutawan Lain Miliki Kelab Bola Sepak Inggeris

Trending

Aston Villa Kini Jadi Milik Jutawan Asia Ini, Ikut Jejak 5 Jutawan Lain Miliki Kelab Bola Sepak Inggeris

Sukan ialah aktiviti universal yang mampu menyatukan manusia dan bola sepak antara yang paling diminati ramai, tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan.

Peminat bola sepak biasanya menterjemahkan minat mereka terhadap pasukan kegemaran masing-masing menerusi jersi yang dipakai atau melawat stadium jika berpeluang ke negara kelahiran pasukan tertentu.

Advertisement

Tetapi, bagi hartawan di seluruh Asia, minat mereka diterjemahkan kepada perniagaan dengan membeli pasukan bola sepak itu sendiri.

Susulan pengesahan penjualan Aston Villa pada nilai £60 juta (RM347 juta) kepada ahli perniagaan China Tony Xia Jiantong, semalam, AFP menyenaraikan lima jutawan Asia yang memiliki kelab bola sepak Inggeris dan untung ruginya mereka dalam pelaburan itu.

Vichai Srivaddhanaprabha (Leicester City)

Kisah kejayaan terbesar dalam kalangan pemilik Asia ialah Vichai Srivaddhanaprabha dari Thailand. Dia mencipta kekayaan dalam sejarah bola sepak dengan nisbah 5,000-1 bagi merangkul kejuaraan awal bulan ini.

Hartawan pusat beli-belah bebas cukai Thailand itu membayar £39 juta (RM225 juta) untuk membeli kelab berkenaan pada 2010. Vichai terkenal sebagai seorang pelabur bijak yang menjauhi kontroversi.

“Kami pasukan yang kecil dan saya tidak berbelanja besar. Saya layan semua orang dalam pasukan seperti keluarga saya,” katanya pada satu majlis resepsi pasukan itu Bangkok, baru-baru ini.

Jutawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan mengalami pelbagai peristiwa sepanjang enam tahun menjadi pemilik kelab Wales itu. Kontroversi terbesarnya ialah menukar warna jersi yang digelar The Bluebirds itu daripada biru kepada merah, berdasarkan kepercayaan merah sebagai warna yang membawa tuah.

Berjaya mara ke Liga Perdana Inggeris pada 2013, tetapi keadaan bertukar huru-hara dengan penggantungan ketua sumber manusia kelab, Iain Moody kerana didakwa belanja berlebihan untuk pemain. Beberapa bulan kemudian pengurus Malky Mackay juga dipecat dan Cardiff diturunkan ke liga divisyen pertama selepas semusim berada di senarai teratas.

Venky’s (Blackburn Rovers)

Juara Liga Perdana Inggeris 1994-95 dibeli syarikat gergasi penternakan ayam India, VH Group, pada 2010 di bawah nama Venky’s London Limited pada nilai £23 juta (RM133 juta). Mereka menyingkirkan pengurus Sam Allardyce dan digantikan Steve Kean. Tetapi tidak lama kemudian dilaporkan kerugian pra cukai £18.6 juta pada tahun itu hingga Jun 2011 dan diturunkan daripada liga pada penghujung musim berikutnya.

Sejak itu, prestasi mereka teruk dalam kejohanan dan tahun lepas didenda di bawah embargo pemindahan kerana melanggar peraturan permainan adil Liga Bola Sepak dengan jumlah kerugian semakin meningkat.

Tony Fernandes (Queen’s Park Rangers)

Jutawan AirAsia dan peminat West Ham, Tan Sri Tony Fernandes, pada mulanya mahu membeli kelab timur London itu, tetapi apabila semua cubaannya gagal, beliau membeli QPR selepas memperoleh pegangan saham majoriti daripada ketua Formula One Bernie Ecclestone, tiga bulan selepas mereka berjaya masuk semula Liga Perdana pada 2011.

Tony kemudian membuang pengurus Neil Warnock selepas kalah lapan perlawanan, menggantikannya dengan Mark Hughes yang hanya bertahan hingga akhir musim itu. Mark kemudian disingkir dan diganti Harry Redknapp yang juga tidak mampu memperbaiki kelab itu dan mereka kemudian diturunkan ke divisyen pertama pada April 2013.

Tony yang menggilai sukan juga berkecimpung dalam Formula One menerusi pasukan Caterham tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Carson Yeung (Birmingham City)

Bekas pendandan rambut, taikun Carson Yeung tidak begitu dikenali sebelum kemunculannya dalam arena bola sepak Inggeris dengan mengambil alih Birmingham City pada Oktober 2009 pada nilai £81 juta (RM469 juta) daripada David Sullivan dan David Gold, yang kini pemilik bersama West Ham.

Ia mula terbongkar apabila kelab itu terkeluar pada 2011, hanya tiga bulan selepas memenangi League Cup di Wembley. Pada Mac 2014, Carson didapati bersalah di Hong Kong kerana menggelapkan wang bernilai HK$721 juta (RM380 juta) dan dipenjarakan enam tahun.

Dia dibebaskan tahun lalu atas ikat jamin sementara menunggu rayuannya selesai. Dia melepaskan semua peranannya dalam Birmingham International Holdings tetapi kekal pemegang saham majoriti di syarikat Hong Kong itu yang masih dianggap memiliki kelab berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...