Aston Martin Edisi Terhad JDT Bakal Lancar Tak Lama Lagi?

Automotif

Aston Martin Edisi Terhad JDT Bakal Lancar Tak Lama Lagi?

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan yang mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat permotoran British, Aston Martin Racing Asia. Pergh! Terbaiklah.

Dengan kerjasama ini, Aston Martin akan mengeluarkan kereta dengan edisi terhad ‘JDT’ dan hasil keuntungan penjualan kereta tersebut akan dikongsi kedua-dua pihak.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Facebook Johor Southern Tigers, kereta-kereta Aston Martin telah tiba di Stadium Sultan Ibrahim untuk kerjasama bersama JDT.

“Kami berbangga dan gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran tersebut, yang berpusat di Britain.”

“Kerjasama ini bukan saja memberikan nilai kewangan kepada JDT, malah membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.”

Kelab JDT yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan juara Liga Super di Malaysia tujuh kali berturut-turut dan Aston Martin pula merupakan juara lumba enduran 24 Hours of Le Mans 2020.

Agak-agak design kereta kerjasama Aston Martin bersama JDT ni macam mana ya? Pergh! Tak sabar nak tengok.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...