Asteroid Meluncur Dekat Dengan Bumi Februari Tahun Depan

Trending

Asteroid Meluncur Dekat Dengan Bumi Februari Tahun Depan

Satu asteroid sebesar 150 kaki yang mengorbit Bumi, dipanggil 2012 DA14 akan bergerak begitu dekat dengan bumi. Ia lalu begitu dekat,  sehingga melalui bawah satelit-satelit buatan manusia yang mengelilingi planet kita.

Risiko Impak NASA melaporkan yang peluang untuk batu angkasa itu menghentam planet kita ialah amat rendah, tetapi pada 15 Februari tahun depan ia akan lalu lebih kurang 17,000 batu saja dari permukaan bumi, lebih dekat dari lokasi satelit.

Advertisement

Sekiranya asteroid dengan saiz itu menghentam Bumi, ia akan menyebabkan letupan sehebat letupan nuklear.

Ahli astronomi Amerika Syarikat,  Phil Plait, mengatakan tidak mungkin asteroid itu akan menghentam bumi.

Dia menulis: ‘Asteroid 2012 DA14 hampir pasti tidak akan jatuh di Bumi Februari depan.  Dan saya benar-benar maksudkan ‘hampir pasti’. Kemungkinan untuk impak berlaku amat rendah, hampir tiada kemungkinan. Ini tidak bermakna tidak akan ada impak sampai bila-bila, tetapi buat masa sekarang, kita semua selamat.’

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...