Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa berang apabila dia difitnah pernah menjalinkan hubungan bersama abang iparnya, Aliff Aziz.
Malah, Didi juga difitnah pernah tidur bersama dengan suami kakaknya itu.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berasa terkejut dan kesal dengan tuduhan tidak berasas tersebut.
Astaghfirullahalazim. Fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah dan jadikan artikel.
Difahamkan, terdapat satu akaun Facebook yang memuat naik artikel dengan tajuk fitnah tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam masyarakat.
Didi kemudiannya menolak tuduhan tersebut dan dengan tegas menafikan segala perkara tidak senonoh yang mengaitkan namanya dengan Aliff Aziz.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.