Pada 9 Ogos 2025, jenazah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir digali semula selepas tiga minggu bagi tujuan bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Prosedur tersebut berlangsung selama kira-kira sembilan jam dan selesai sebelum pukul 8 malam. Jenazah yang dikeluarkan masih dalam keadaan utuh dan tidak berbau, menimbulkan tanda tanya mengenai punca kematian sebenar remaja berusia 13 tahun itu.
Ibu Allahyarhamah, Noraidah Lamat yang ditemui rakan, Marhamah Rosli ada berkongsi dan menyatakan bahawa Noraidah menyifatkan anaknya bukan sahaja menjaga solatnya sendiri, tetapi juga mengajak dan membimbing rakan-rakannya untuk turut mendirikan solat. .
MasyaAllah, 3 minggu selepas pemergian beliau (Zara Qairina), jenazahnya langsung tidak berbau. Selepas solat subuh tadi, saya berbual panjang dengan ibu Zara. Bercerita suka duka perjuangan membela #JusticeForZara. Kata ibunya, Zara ni jaga solat..bukan saja solat dia sendiri, tapi dia jaga solat kawan-kawan. Sebab itu dia mahu masuk BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)”
Marhamah turut menekankan bahawa dalam perjuangan membela keadilan untuk Zara, nilai agama sangat dititikberatkan.
Konsepnya bukan kita jaga solat kita sahaja, tetapi kita bantu orang lain menjaga solat mereka. Zara buat itu. Dia hidupkan maksud يُحَافِظْ. Dia tegur, dia ajak, dia tulis nama kawan-kawan tidak solat dan dia bimbing kawan-kawannya.
Sebab itu dalam menjadi sebahagian daripada tim ibu Zara, saya sangat menitikberatkan nilai agama. Hari ini, walau jasad beliau sudah pergi, dakwahnya masih hidup. Haruman kebaikan itu kekal. Dan Allah tunjukkan tanda. Jasadnya terpelihara seakan-akan baru pergi semalam.
Pada saat pertama kali melihat wajah anaknya selepas jenazah dikeluarkan, Noraidah mengucapkan, “Assalamualaikum Zara. Kita jumpa lagi.” Jenazah Allahyarhamah Zara Qairina telah dikebumikan semula pada 1.15 pagi, 11 Ogos 2025, di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.