“Assalam Buat Bos MARA” – Azhar Sulaiman Seru ‘Asyraf Wajdi’ Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat MRSM

Hiburan

“Assalam Buat Bos MARA” – Azhar Sulaiman Seru ‘Asyraf Wajdi’ Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat MRSM

Pelakon Azhar Sulaiman menarik perhatian ramai apabila tampil memberi pandangan berhubung isu pemilihan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang kini hangat diperkatakan susulan kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan pihak pengurusan MUAFAKAT MRSM Sungai Besar.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, Azhar memaklumkan bahawa hasil pemerhatiannya di media sosial mendapati ramai ibu bapa sebenarnya bersetuju dengan pandangan Rita mengenai ketelusan dalam proses pemilihan pelajar.

Advertisement

Azhar sulaiman

Dalam nada penuh hormat, Azhar menyeru pihak MARA khususnya “Boss MARA” untuk tampil memberikan sedikit penjelasan bagi meredakan keadaan yang semakin kusut.

Assalam To Boss MARA yang Kami Sayangi. Berdasarkan tinjauan suara oleh saya di medsos, rata-rata ibu bapa bersependapat dengan Cik Rita Rudaini dalam hal pemilihan pelajar-pelajar ke MARA ni. Mungkin a few words from you Sir akan menjernihkan keadaan yang mula menjadi kusut unnecessarily for MARA. Thank you Boss.

Hantaran itu turut dikaitkan dengan kes yang kini melibatkan tindakan saman terhadap Rita Rudaini oleh Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, dan timbalannya, Saidah Haris selepas dakwaan fitnah yang dikatakan dibuat menerusi media sosial.

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Azhar menerima pelbagai reaksi daripada ibu bapa di ruangan komen, dengan ramai menyokong gesaannya agar MARA tampil memberi pencerahan supaya isu ini tidak terus menjadi perdebatan terbuka.

Isu tersebut dipercayai mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap ketelusan pemilihan pelajar ke MRSM, sekaligus mendorong lebih banyak suara meminta penjelasan rasmi daripada pihak berwajib.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pautan di bawah.

2025-12-08 16:23:56

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...