Pasangan personaliti media sosial, Umisya Mazlan dan Aslam, sejak kebelakangan ini sering berkongsi momen kebersamaan mereka, termasuk membuat sesi siaran langsung di media sosial.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, mereka dilihat sedang meluangkan masa bersama dalam suasana yang penuh kemesraan.
Di ruangan komen, seorang pengguna turut berkongsi kisah menarik mengenai pasangan ini, apabila Aslam dikatakan pernah menghadiahkan Umisya seutas gelang tangan emas.
Pasangan ini datang ke kedai emas bulan lepas. Memang sweet sebab Aslam belikan Umisya gelang tangan hampir RM10k, seller sumpah terharu. Apa-apa pun saya harap mereka bahagia selamanya.
Dalam pada itu, ramai warganet turut meluahkan rasa terharu apabila mengetahui bahawa Aslam, atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid, dipercayai sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan isteri pertamanya, Umisya.
Mereka turut mendoakan agar pasangan ini terus kuat menghadapi cabaran rumah tangga dan kekal bahagia bersama.
Nampak Aslam bersungguh nak betulkan semua balik.
Seronoknya tengok Misya gembira macam ini. Alhamdulillah, semoga hubungan Misya dan Aslam kekal bahagia hingga ke jannah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.