Aslam Didakwa Lafaz Cerai Dua Kali Di Luar Mahkamah, Kini Dalam Proses Mohon Pengesahan

Hiburan

Aslam Didakwa Lafaz Cerai Dua Kali Di Luar Mahkamah, Kini Dalam Proses Mohon Pengesahan

Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam, didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Marissa Dania Hakim sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza.

Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, lafaz cerai pertama berlaku sekitar September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan yang sama. Manakala lafaz kedua pula dibuat pada April 2025 dan diikuti dengan rujuk semula pada Jun 2025.

Advertisement

“Dakwaan mengatakan Aslam memfailkan cerai tidak tepat. Beliau hanya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.”

“Apabila disebut pengesahan, bermaksud lafaz cerai dan rujuk sudah berlaku di luar mahkamah dan perlu disahkan di hadapan hakim bagi menentukan kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah beliau, permohonan tersebut telah difailkan pada 10 Mac 2026, iaitu beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Jelasnya, prosiding yang berlangsung penting bagi menentukan status sebenar hubungan pasangan itu sama ada masih sah sebagai suami isteri atau sebaliknya.

Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.

Dalam pada itu, Yaser turut memaklumkan bahawa isu perceraian dan rujuk pasangan ini menjadi lebih rumit kerana mereka masih belum memperoleh sijil nikah memandangkan pernikahan dilakukan di Thailand.

Sehingga kini, proses pendaftaran perkahwinan di Malaysia masih belum selesai sepenuhnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin agar mengikut saluran undang-undang yang betul bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada masa akan datang.

Terdahulu, Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, dilihat hadir ke mahkamah bersama Marissa sekitar jam 11 pagi dengan mengenakan pakaian sedondon, namun kedua-duanya enggan mengulas lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-30 10:42:03

“Play Victim Pulak Diorang Ni ” – Netizen Kecam Tindakan Ibu Aliff Aziz 'Tutup' Wajah Bella Astillah Dalam Foto Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...