Seorang askar berumur 35 tahun mengaku tidak bersalah di dalam Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan memukul seorang wanita pada bulan lalu.
Lelaki yang bernama Abdul Hafiz Abu Bakar membuat pengakaun tersebut selepas tuduhah dibacakan serta minta dibicarakan semula di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Tuduhan mengatakan Abdul Hafiz dengan sengaja memukul seorang wanita berusia 28 tahun pada jam 10.20 petang pada 29 Mac lalu dan disebabkan itu, tindakan berkenaan diletakkan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2000.
Pada hujung Mac lalu, tular video di platform media sosial memaparkan seorang lelaki berbaju merah memukul seorang wanita yang berada di dalam kereta Axia kerana berang anaknya didakwa dilanggar oleh pemandu wanita berkenaan.
Difahamkan daripada penjelasan adik kepada wanita yang memandu itu, kakaknya ditumbuk sebanyak 2 kali oleh askar tersebut.