Pendakwah bebas, PU Amin, mendedahkan pengalaman mengejutkan Pu Rahmat Ikhsan ketika disoal siasat oleh tentera Zionis semasa misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza baru-baru ini.
Menerusi ciapan di Threads, PU Amin berkongsi bahawa pihak tentera Israel dilihat mengetahui tentang latar belakang serta aktiviti mereka di Malaysia, termasuk podcast dan program yang dijalankan bersama PU Rahmat.
Tulisnya,
Rahmat cerita, ketika soal siasat, askar Zionis tahu gerak kerja saya dan Rahmat di sini – podcast kami, program kami, dan lain-lain. Saya teruja. Menarik kisah ini, nanti kita dengar lanjut dari Rahmat. Banyak sangat kami nak share! Kalian sabar ya! Kita set time nanti!
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai netizen yang turut menzahirkan rasa kagum serta tidak sabar untuk mendengar pengalaman penuh mereka selepas pulang dari misi kemanusiaan itu.
Terdahulu, PU Rahmat antara 23 aktivis serta sukarelawan Malaysia yang ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel sebelum akhirnya dibebaskan dan dibawa pulang melalui Istanbul, Turkiye.