Asingkan Sebelum Buang, Ini Antara Punca Utama Longkang Boleh Tersumbat!

Branded

Asingkan Sebelum Buang, Ini Antara Punca Utama Longkang Boleh Tersumbat!

“Alamak, minyak nak buang dekat mana… Singki je lah”

Haa, siapa yang pernah buang minyak masak dalam singki, tolong JANGAN buat lagi lepas ni kalau tak nak longkang kawasan rumah tersumbat! 

Eh, apa kaitan minyak dengan longkang tersumbat? Lagipun, minyak masak terpakai ni nak buang dekat mana? Mesti korang tertanya-tanya kan? 

Untuk pengetahuan, pembuangan sisa makanan seperti lemak, minyak, dan gris (LMG) ni tak boleh dibuang sesuka hati tau. Kalau nak tahu sebab apa, jom kami share!

Sisa LMG Mengeras Seperti Batu 

Macam yang korang tahu, lemak, minyak dan gris (LMG) adalah air kumbahan bukan najis atau grey water yang terhasil daripada kegiatan memasak seperti sisa makanan, lemak binatang, minyak masak, mentega, sos, kuah, dan sebagainya. 

Jika sisa LMG ini tak ditapis dengan betul dan terus dibuang ke dalam singki akan menyebabkan saluran kumbahan tersumbat serta mendatangkan permasalahan seperti sumbatan sanitasi dan pada paip pembetungan. Fuhh, bunyi macam serius sangat~ 

Memang serius pun! Kalau korang tak tapis dan buang dengan betul, ia akan mengeras dan menyebabkan longkang tersumbat yang akan membawa kepada masalah lebih besar seperti takungan air di kawasan longkang. Haa, lepas ni jangan tanya persoalkan lagi sistem pembetungan kita sebab semuanya bermula dari rumah! 

Jadi, apakah cara yang betul untuk buang sisa lemak, minyak dan gris ni? 

Grease Interceptor Menjadi Salah Satu Inisiatif Pembuang LMG 

Haa, untuk korang yang memasak di rumah, cara yang betul untuk membuang sisa LMG ini adalah dengan mengasingkan sisa-sisa tersebut ke dalam satu bekas berasingan dan dikumpulkan sebelum dibuang. 

Selain itu, korang juga boleh mengikut budaya masyarakat Jepun yang mana mereka menggunakan kain atau tisu untuk membersihkan sisa minyak dan mengasingkan sisa tersebut sebelum dilupuskan. Haa, mudah je kan sebenarnya? 

Kalau korang terapkan amalan ini, ia akan menjadikan longkang, parit dan sungai bersih dan tidak berbau serta dapat mengurangkan bebanan loji rawatan kumbahan dalam merawat sisa LMG. 

Untuk korang yang mengusahakan perniagaan restoran atau industri food and beverage (FnB), korang wajib pasang sistem perangkap minyak atau grease interceptor yang betul supaya ia dapat menapis LMG yang terkumpul. 

Bukan itu saja, perangkap minyak ini mestilah diselenggara secara berkala oleh pemilik perniagaan makanan dengan membersihkan dan mengosongkan sisa LMG secara berjadual untuk memastikan sistem pembetungan tidak tersumbat hasil daripada sisa yang mengeras. 

Hmm, tapi tak ada ke pihak yang boleh bantu tawar perkhidmatan pembersihan sisa LMG ni? Bukan apa, kadang kita sendiri pun persoal tindakan yang kita buat betul tak?

Indah Water Menyediakan Perkhidmatan Terbaik Pembuangan Sisa LMG 

Sebut saja Indah Water, confirm ramai orang kenal betul tak? Haa, kalau korang nak tahu, Indah Water Konsortium Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pengosongan sisa LMG tau. 

Sebagai syarikat pembetungan nasional yang mementingkan kelestarian alam sekitar, mereka sentiasa memastikan air kumbahan diproses dengan cara betul dan menepati piawaian ditetapkan pihak berkuasa. 

Semestinya, mereka juga akan sentiasa memastikan sisa LMG ini dirawat, diproses dan dilupuskan dengan kaedah yang lebih selamat. Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa dengan sisa LMG, korang boleh terus berhubung dengan Indah Water! 

Untuk mendapatkan perkhidmatan pengosongan perangkap LMG atau mengetahui maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat operasi Indah Water terdekat. Layari laman web rasmi Indah Water Konsortium untuk keterangan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...