Pelakon Afdlin Shauki hari ini membuat satu tindakan yang mengejutkan apabila beliau mengumumkan akan memboikot Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) kerana tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mengasingkan kategori Filem Terbaik kepada dua bahagian iaitu Filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia.
Maaf, tahun ini saya boikot FFM.
Bila agaknya rakyat Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon!!! Semoga berjaya juga kepada semua pihak FFM.
Malah, filem yang mempunyai jalan cerita dan ulasan terbaik iaitu Ola Bola dan Jagat tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM 28.
Beberapa pihak menyifatkan senarai pencalonan penuh FFM 28 kali ini agak pilih kasih kerana wujudnya orang dalam yang ingin mengetengahkan filem terbitan mereka sendiri