Asingkan Diri Dalam Bilik, Ridz Disaran Bawa Sky Jumpa Pakar Psikiatri – “Posisi Dia Baring Tu Tanda Amaran, Dalam Keadaan Tertekan”

Trending

Asingkan Diri Dalam Bilik, Ridz Disaran Bawa Sky Jumpa Pakar Psikiatri – “Posisi Dia Baring Tu Tanda Amaran, Dalam Keadaan Tertekan”

Usahawan Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura sering berkongsi tentang keadaannya dan anak, Sky Taizo Okumura selepas pemergian isteri tercinta, Akiko Okumura.

Bagaimanapun, makin ramai berpendapat mereka berdua perlu menjauhkan diri dari media sosial buat seketika bagi mendapatkan semula kekuatan.

Advertisement

ridz dan akiko

Malah, sesetengah netizen turut bersuara dan mencadangkan agar Ridz membawa Sky berjumpa dengan pakar psikiatri selepas menonton videonya di TikTok baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan Ridz berkata anak tunggalnya berusia 13 tahun itu mengasingkan diri di dalam bilik dan baring dalam keadaan posisi menggulungkan badan.

“Cara Sky baring seperti posisi bayi dalam kandungan merupakan tanda amaran. Dia dalam keadaan tertekan serta sarat kesakitan,” tulis seorang individu.

Sky Taizo baring bergulung

komen netizen Sky Okumura

Dalam pada itu, segelintir individu memberi teguran agar Ridz kurang mendedahkan atau menceritakan perihal anaknya kerana berpendapat remaja tersebut memerlukan privasi dan ruang untuk sembuh daripada luka kehilangan ibu tercinta.

komen netizen Sky Taizo'

Menurut Ridz, dia dan Sky masing-masing memberikan kekuatan dan cuba menenangkan apabila salah seorang daripada mereka dalam fasa bersedih atau terkenangkan arwah.

zarina zainuddin hanya mahu kongsi perkembangan
6 days ago

Zarina Zainuddin Hanya Mahu Kongsi Perkembangan, Tiada Niat Jadikan Sky ‘Content’ - “Tak Semua Benda Saya Rakam..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...