ASICS Tampil Dengan Rekaan Kasut Edisi Nasi Lemak Terhad Untuk 500 Pasang Sahaja

Fesyen

ASICS Tampil Dengan Rekaan Kasut Edisi Nasi Lemak Terhad Untuk 500 Pasang Sahaja

Nasi lemak sememangnya makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Boleh katakan memang hampir semua rakyat Malaysia makan nasi lemak. Bagi meraikan makanan tempatan ini, jenama kasut terkenal dunia berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan rekaan terbaru mereka.

Jenama kasut, ASICS telah berkolaborasi dengan Sneakerlah dan Hundred% dengan menampilkan elemen nasi lemak di dalam koleksi edisi khas ini. Terdapat elemen seperti nasi, sambal, timun, telur dan daun pisang pada rekaan kali ini.

Advertisement

kasut nasi lemak
kasut nasi lemak
Nampak sedap pula kan? Penggunaan warna merah, kuning, putih dan hitam bagi melambangkan nasi lemak. Untuk edisi ini juga, ASICS telah menggunakan model GEL-Kayano 5 antara model kasut yang selesa digunakan.

Pada bahagian belakang kasut, anda dapat lihat elemen telur di dalam nasi lemak digunakan. Kalau sebut nasi lemak memang wajib ada lah kan telur ni. Betul-betul terperinci rekaannya!

kasut dan nasi lemak
Kasut edisi khas ini boleh didapatkan pada harga RM599 bermula 5 dan 6 Oktober 2019. Perlu diingat hanya ada 500 pasang kasut sahaja untuk edisi khas ini. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Untuk maklumat lanjut dan juga pembelian boleh layari laman sesawang Sneakerlah di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...