February 18th, 2020

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ashraf Sinclair yang disahkan telah meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung. Suami kepada Bunga Citra Lestari ini aktif bergiat di dalam dunia seni di Indonesia.

Berita sedih ini telah disahkan oleh ibu kepada pelakon tersebut, Khadijah Abdul Rahman menerusi applikasi Whatsapp.

Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang

Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun telah mendirikan rumahtangga dengan Bunga Citra Lestari, 36 tahun pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun. Allahyarham merupakan abang kepada deejay radio Aishah Sinclair dan juga Adam Sinclair, suami kepada Yunalis Zarai. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar Ashraf ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.


8 responses to “(AL-FATIHAH)Ashraf Sinclair Meninggal Dunia”

  1. Girl says:

    Salam takziah utk BCL sekeluarga… Kematian demi kematian berlaku, seolah-olah Allah memberi kesedaran secara halus utk kita smua hambanya berubah ke jalan yang benar & di redhai… Moga kita semua menjadi insan yang lebih baik…

  2. Anonymous says:

    Innalillahi wainna ilayhirojiuun.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu..

  3. Anonymous says:

    INNALLILAH

  4. NJ says:

    Innalillahi wainna ilayhirojiuun.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu..

  5. dedaun says:

    Ya Allah.. Innalillah… salam takziah ya..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...