Pelakon, Ashraf Muslim mengakui berasa teruja selepas memaklumkan dirinya bakal berlepas ke Makkah, sekali gus merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang akan membawa jemaah menunaikan umrah dengan norma baharu.
Khabar berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ashraf di akaun media sosialnya iaitu Instagram.
Dikesempatan itu juga, pelakon tersebut mengambil kesempatan memohon maaf seandainnya dirinya ada menyakiti hati mana-mana pihak tanpa sengaja sebelum ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Ada Apa Dengan Dosa turut berkata dia sememangnya bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk menjejakkan kaki di tanah suci itu.
Allahuakbar, besar betul kuasa Allah. Tiada kata yang boleh terucap dengan Allah selain TERIMA KASIH ALLAH danI LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini.
Sementara itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut memanjatkan doa semoga keluarganya sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan baik ketika ketiadaan dirinya.
Semoga dipermudahkan perjalanan Ashraf ke tanah suci itu nanti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.