Ashraf Muslim Nafi Hubungi Bekas Kekasih Sherry Ibrahim

Hiburan

Ashraf Muslim Nafi Hubungi Bekas Kekasih Sherry Ibrahim

Baru-baru ini sebuah ruangan gosip di akhbar mingguan tempatan melaporkan bahawa pelakon Ashraf Muslim ada menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan Fattah Amin.

Katanya Ashraf ingin memberikan kata-kata semangat buat Sherry agar tidak berduka lagi.

Advertisement

Walaubagaimanapun,  cerita itu tidak benar dan Ashraf sendiri mengakui beliau sudah lama tidak berhubung dengan Sherry sejak berpisah beberapa tahun lepas.

Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian.

Ashraf berharap perkara itu tidak diperbesarkan lagi kerana ia hanya akan menimbulkan fitnah. Apa yang berlaku antara Sherry dan Fattah tidak ada kena mengena dengan beliau.

Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Berat juga gosip begini, boleh cetuskan salah faham antara Ashraf dan isteri-isterinya. Ashraf dan Sherry sudah lama berpisah dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, tidak perlu kaitkan lagi mereka berdua, nanti timbul masalah lain pula.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...