April 15th, 2020

Selepas Puteri Aishah dan lapan kru termasuk pengarah yang menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland bulan lalu disahkan positif COVID-19, kini seorang lagi pelakonnya iaitu Ashraf Muslim disahkan turut dijangkiti virus berkenaan.

ashraf muslim positif covid-19

Setelah sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi berita itu menerusi akaun Instagram tengah hari tadi. Dia meluahkan rasa sedih sewaktu menerima keputusan tersebut dan turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.

Difahamkan, dia kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan tetapi tidak mendedahkan secara terperinci lokasinya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Sama-sama kita doakan agar Ashraf tabah menghadapi ujian ini dan semoga kesihatannya pulih seperti sedia kala.


4 responses to “Ashraf Muslim Disahkan Positif COVID-19”

  1. Iskandar says:

    Maaf…kadang2 terfikir..sekiranya diberi pilihan sekarang atau sewaktu dajjal, maksud saya skrg boleh mengucap dihujung nafas. Tapi sekiranya tidak nauzubillah…
    Smoga sihat bersama keluarga kembali..bro …

  2. Tatitu says:

    Kan dia bgtau hosp sg buloh..apa yg x dedah lokasinya.. huhu.. smg cepat sembuh..

  3. nurliza ahmad says:

    syafakallah..ashraf muslim..smoga kuat melawan .covid19.aamiin,,dgn izin ya kuasa..allahuakhbar,

  4. m says:

    semoga cepat sembuh ye hensem..

Loading...