Ashraf Muslim Buat Permohonan Berkahwin Lagi

Hiburan

Ashraf Muslim Buat Permohonan Berkahwin Lagi

Apabila ditanya tentang khabar yang mengatakan dirinya akan berkahwin dengan seorang wanita lain atau berpoligami, Ashraf Muslim sebelum ini tidak memberikan jawapan secara pasti. Katanya, perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Hari ini, Harian Metro melaporkan bahawa Asyraf Muslim dijangka akan ke Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan rasmi untuk berpoligami.

Advertisement

Asyraf yang berusia 32 tahun telah berkahwin dengan Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Dalam laporan Harian Metro semasa kisah ini hangat diperkatakan sebelum ini, Wan Sakinah, wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri kedua Ashraf mendakwa redha jika Ashraf berkahwin dengannya.

Ashraf juga telah berhenti menjadi perawat di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah milik bapa mertuanya tidak lama selepas itu.

Walaupun Wan Sakinah sudah mengeluarkan kenyataan, setakat ini Dayana sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perkara ini.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...