February 24th, 2016

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ini lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun biasalah manusia, memang suka berkongsi segala apa aktiviti yang dilakukan. Kadangkala perkara yang tak masuk akal pun boleh dishare tanpa memikirkan impak yang boleh terjadi kepada diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Walaupun niat kita memang baik untuk sekadar berkongsi perkembangan terkini, kadangkala ramai yang menjadi batu api serta memberikan komen yang tidak senonoh.

ashraf muslim

Kedua-dua isteri Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah memiliki akaun Instagram dan kerapkali berkongsi gambar perkembangan keluarga mereka untuk tatapan para pengikut mereka. Namun biasalah, apabila dah berkongsi suami ini, ramai yang membanding-bandingkan antara Dayana dan Sakinah. Setelah setahun meminta isteri-isterinya menutup akaun tersebut, akhirnya hasrat Ashraf Muslim tercapai jua. Kini Dayana dan Sakinah sudah tiada akaun Instagram. Kata Ashraf:-

Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila isteri-isteri saya dapat hidayah untuk menutup laman Instagram mereka dan tidak lagi berkongsi gambar-gambar keluarga kami. Saya sudah nasihatkan untuk tutup laman sosial itu sejak setahun lalu, namun tidak memaksa sehingga mereka sendiri dengan rea hati menutupnya.

Saya sedar (masalah rumah tangga) kerana saya sering mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pihak jabatan agama tentang punca utama masalah perceraian dan memang mengejutkan ia daripada laman sosial.

Daripada situ saya tidak selesa isteri-isteri saya berkongsi gambar keluarga kami di laman sosial. Ini kerana komen-komen orang luar yang suka membandingkan mereka sedikit sebanyak akan menjadi punca masalah keluarga.

Biar saya seorang sahaja yang ada laman sosial kerana saya perlu promosikan drama-drama yang saya terbitkan, mereka bukan artis untuk berbuat begitu.

Anak-anak pun saya tidak mahu ada laman sosial kerana mereka adalah ahli syurga dan tidak ada dosa lagi (belum cukup umur), jadi mengapa perlu dedahkan mereka kepada perkara tidak bermanfaat

ashraf

Tidak dinafikan memang banyak pergolakan rumah tangga yang wujud kerana laman sosial. Ada antaranya bertemu kekasih lama di Facebook, upload gambar yang tak disukai pasangan masing-masing, ada pihak lain yang ternampak lebih mesra di ruangan komen dan macam-macam lagi. Tindakan Dayana dan Sakinah ini harus dipuji, lebih-lebih lagi banyak hati yang perlu mereka jaga. Semoga terus istiqamah dan terus diberikan kebahagiaan. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...