Ashraf Muslim Beri Respon Isu Rakan Selebriti Mahu Berpoligami – “Sebelum Buat Keputusan, Bincang Baik-Baik..”

Hiburan

Ashraf Muslim Beri Respon Isu Rakan Selebriti Mahu Berpoligami – “Sebelum Buat Keputusan, Bincang Baik-Baik..”

Pelakon, Ashraf Muslim memberi respons terhadap hasrat rakan pelakonnya iaitu Azlan Komeng yang ingin berpoligami. Dia menasihati Azlan agar berbincang dengan teliti bersama isterinya, Nur Nilam Ortiz sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum buat keputusan, bincang baik-baik dan ada toleransi sebab nak hidup bersama dan tidak mahu pengakhiran yang tak baik.

Kahwin perkara baik

Menurut HibGlam, Ashraf turut menekankan bahawa perkahwinan merupakan satu perkara yang baik dan harus dimulakan dengan cara yang harmoni tanpa sebarang permasalahan yang timbul sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

ashraf muslim

Apa pun keputusan dibuat biarlah harmoni. Benda baik harus dimulakan dengan baik, jangan perkara baik mula dengan tak baik supaya tiada kekhilafan atau kesan kurang baik selepas itu.

 

Faham satu sama lain dan dapatkan keredaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang sekeliling juga.

 

Saya doakan sesiapa nak buat keputusan (berpoligami) atau apa-apa sahaja perkara dalam hidup, berkahwin perubahan sangat besar tak kisah kahwin berapa atau bercerai. FIkir kesan dan cari solusi terbaik.

Elak kongsi secara terbuka

Selain itu, Ashraf turut menasihati individu yang berhasrat untuk berpoligami agar tidak berkongsi secara terbuka terutamanya di media sosial mengenai keputusan yang bakal diambil.

ashraf muslim

Hal rumah tangga jangan uar-uarkan kepada masyarakat dan jangan aibkan antara satu sama lain.

 

Dalam keluarga, kita perlukan kepercayaan dan perkara itu susah nak dibina. Sekali rosak, susah nak dapatkan balik.

 

Elakkan apa-apa kenyataan keluar dalam media sosial seperti hal dalam kain, isu periuk nasi atau cerita atas katil. Biarlah cerita antara suami dan isteri.

Jangan campuri urusan peribadi

Ashraf juga menegaskan agar orang ramai tidak mencampuri urusan peribadi individu lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang atau menimbulkan sebarang fitnah.

ashraf muslim

Kepada netizen yang melihat, apa sahaja keputusan jangan terus menghakimi sebab kita tak tahu. Mungkin ada benda baik, kadang-kadang perkara yang baik kalau kita keruhkan akan beri kesan tak baik di sisi agama.

 

Berhati-hati bila kita berkongsi dalam media sosial sebab tak tahu spekulasi yang dibangkitkan. Sekarang banyak fitnah dilakukan jari-jemari atau keluar dari mulut.

Advertisement

Sebelum ini, Nur Nilam telah mendedahkan suaminya berhasrat untuk berpoligami dan dia telah memberi keizinan atas faktor menghormati kehendak suaminya itu.

azlan komeng mohon henti apikan isteri untuk bercerai
1 day ago

Azlan Komeng Jelaskan Keputusan Kahwin Dua Atas Persetujuan Bersama, Mohon Henti Apikan Isteri Untuk Bercerai - “Saya Tak Rasa Saya Buat Salah..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...