Ashraf Muslim Akui Tertekan Kerana Isu Poligami

Hiburan

Ashraf Muslim Akui Tertekan Kerana Isu Poligami

Kalau Abang Nara jadi Ashraf Muslim pun pasti akan merasai tekanan. Mana tidaknya, cerita mengenai perkahwinan kedua terpampang di dada akhbar dan sosial media. Tambah tertekan apabila kemunculan seorang wanita bernama Sakinah yang seolah-olah mengiakan khabar angin tersebut. Confirm stress!!!

ashraf muslim

Advertisement

Apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Sakinah, Ashraf Muslim berkata:-

Saya ada tanya pada Sakinah tentang dia buat kenyataan, tapi dia kata dia tak buat apa-apa kenyataan di mana-mana akhbar. Jadi saya pun tak dari mana datangnya kenyataan yang dilaporkan itu.

Biarlah hal ini hanya keluarga saya isteri dan kelurga isteri saja yang tahu akan perkara sebenar. Tak perlu lah orang lain nak ambil tahu. Selama ini saya tidak mahu membuat kenyataan kerana saya perlu menjaga banyak hati. Hati isteri, ayah saya dan keluarga mertua. Kalau saya cakap nanti, lain pula yang jadi. Saya sayang isteri saya. Cukuplah hanya keluarga saya saja yang faham

ashraf muslim

Yang penting, Ashraf Muslim memberitahu yang dia ada cara untuk mengatasi masalah ini. Tidak pula dimaklumkan secara mendalam mengenai cara yang dimaksudkan, namun Abang Nara percaya langkah yang diambil oleh Ashraf akan memuaskan hati semua pihak. Kata Ashraf lagi:-

Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya dah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi sukar kerana keadaan menjadi berbeza. Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Saya juga kecewa dengan orang yang tak tahu apa-apa fasal kami bercakap dan menyebarkan gosip tentang kami

Biasalah kalau dah jadi selebriti pasti orang akan bercakap mengenai anda.Lebih-lebih kalau berita tersebut mengenai perkahwinan kedua yang sememangnya sensitif dengan orang Melayu. Apa pun marilah sama-sama kita doakan agar hubungan suami isteri antara Ashraf Muslim dan Dayana tidak tergugat kerana khabar angin ini.

peplumP.S: Masih sempat kalau nak tempah baju kurung peplum raya anda! Ada pelbagai jenis design boleh anda pilih. Kami ada buttons kurung peplum yang membolehkan ibu menyusu juga bergaya pada hari raya nanti. Kurung peplum untuk kanak-kanak juga boleh di tempah dari umur 1 tahun sehingga 12 tahun. LIKE Facebook WeLuvPeplum dan layari laman web WeLuvPeplum untuk membuat tempahan dan info lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...