Ashira Ambil Upah Basuh Pinggan di Kedai Makan Semenjak Bad Indigo Jatuh Sakit

Hiburan

Ashira Ambil Upah Basuh Pinggan di Kedai Makan Semenjak Bad Indigo Jatuh Sakit

Kekal setia di sisi suami, penyanyi Ashira khabarnya terpaksa melakukan kerja sambilan di sebuah restoran di Puching, Selangor pada setiap hujung minggu.

Ashira Bad Indigo
3 years ago

"Allah Sebaik-Baik Perancang.." Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Ashira Titip Doa Istimewa Buat Bad Indigo

Advertisement

Menganggap masalah kesihatan yang dialami suami, Bad Indigo sebagai salah satu cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan mereka, Ashira berkata dia ikhlas menerima segala ketentuan Allah S.W.T.

Ujar Ashira atau nama sebenarnya Nur Ashira Syed Abdul Aziz,37, dia juga sebelum ini telah kehilangan ibu tirinya disebabkan oleh wabak COVID-19.

Enggan patah semangat dalam meneruskan hidup, Ashira hanya ingin berfikiran positif dan menerima ujian yang diberikan Allah S.W.T kepada keluarganya.

Selain bekerja sebagai tukang cuci pinggan, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-7 itu juga ada membuat ulasan produk berbayar di media sosial Instagramnya.

Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ads rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil dan hantar order.

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi rakam-rakan dan ahli keluarga yang membantu di saat dia mengalami kesusahan.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan Bad Indigo telah diuji dari segi kesihatan apabila kelima-lima jarinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...