Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ash Akui Bakal Bernikah dengan Sherie Merlis

Khabar yang bertiup tentang Ash, 28, peneraju kumpulan Gabba Gabba bercadang untuk menikah hujung tahun ini dengan pelakon Sherie Merlis, 39, diakui sendiri oleh empunya diri yang sebelum ini memberikan bayangan di Twitter miliknya. Kosmo melaporkan yang Ash mengakuinya untuk mengelakkan khabar angin.

Insya-Allah bulan Disember ini, tetapi saya tidak boleh beri tarikh yang khusus. Kita hanya merancang. Kami sudah melalui proses merisik tetapi tidak bertunang. Kami sedang menuju ke arah yang dituntut agama.

Advertisement

Saya berkenalan dengan Sherie kerana kerja. Saya terlibat sebagai pengarah muzik dan dia berlakon dalam drama bersiri tersebut. Tapi jujurnya, saya masih tidak ada tarikh dan tidak buat persediaan. Ini kerja Tuhan.

Sherie ada nilai-nilai menghormati saya sebagai seorang lelaki. Seperti apa yang ditulis dalam buku agama, seperti seorang Fatimah menghormati Saidina Ali. Saya rasa dia ialah orangnya. Dia wanita paling baik saya pernah jumpa dalam hidup dan doa saya termakbul.

Saya tidak mencari atau membuat perancangan. Ini adalah pertemuan yang diatur oleh Allah. Jujurnya, saya tidak mencari pengganti dan dia bukanlah pengganti. Sherie adalah anugerah Allah kepada saya.

Gaya percakapan Ash yang juga bekas suami Dira Abu Zahar kali ini banyak ke arah keagamaan memberikan bayangan yang dia sudah berubah. Katanya ia bemula sejak dia mengikuti kelas agama dengan ahli kumpulan Al-Mawlid, Amer Munawer:

Kehidupan saya sekarang tenang kerana Allah Taala. Saya belajar agama bersama Amer. Sudah ditakdirkan pertemuan saya dengan Amer sewaktu saya bertindak menyusun lagu untuk EP Amer yang mengandungi dua buah lagu, Seluruh Mahabbah dan Maha Suci Allah. Itu adalah projek pertama saya selepas bercerai dahulu.

Syukur saya dipertemukan juga dengan Amer, dia orang yang betul. Saya rasa perubahan diri saya. Lebih sayangkan Rasul Allah. Makin faham kehidupan dan ada tujuan dalam perjalanan ini. Saya juga boleh mengenal manusia yang jujur dan tidak.

Kami mengucapkan tahniah dan semoga perubahan ini akan membawa Ash dan Sherie kepada kehidupan yang lebih bahagia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top