Asfan Shah & Kmy Kmo Berjaya Raih Anugerah Antarabangsa Pertama

Hiburan

Asfan Shah & Kmy Kmo Berjaya Raih Anugerah Antarabangsa Pertama

Penyanyi dan komposer terkenal, Asfan Shah dan Kmy Kmo baru-baru ini menzahirkan rasa syukur di atas pencapaian yang berjaya mereka raih di Toronto, Kanada pada September lalu.

Asfan Shah
2 years ago

(TAHNIAH) Asfan Shah Selamat Timang Anak Perempuan Pertama

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Asfan dan Kmy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram milik masing-masing.

Alhamdulillah. Anugerah antarabangsa pertama saya. Syukur atas kemenangan lagu Sifar di Toronto Canada bersama pasukan yang hebat. – Asfan

Menurut Asfan dan Kmy, anugerah yang diraih menerusi lagu Sifar itu diangkat menjadi juara pada International Media Festival For Prevention (IMFP) adalah anugerah antarabangsa pertama dalam kerjaya mereka.

Dalam hantaran yang dikongsi Asfan, dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perkeso kerana memberikan mereka kepercayaan dan peluang untuk hasilkan lagu itu.

Dalam pada itu, Kmy Kmo pula menyifatkan lagu itu sebagai satu cabaran yang disusuli dengan ganjaran yang setimpal.

Asfan Shah & Kmy Kmo

Hari ini tidak menjadi, tidak bermaksud kita gagal selamanya, hari ini tidak menjadi bermaksud kita perlu bersedia untuk kejayaan yang bakal tiba. – Kmy Kmo

Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim sempat memberikan kata-kata semangat kepada peminat dan pengikutnya dengan mengatakan yang orang lain juga pasti boleh berjaya seperti mereka asalkan jangan mengeluh dan membenci.

Serentak dengan perkongsian mereka, di ruangan komen masing-masing dihujani dengan ucapan tahniah dan tidak kurang juga yang terdorong dengan semangat dua pengkarya hebat tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...