ASFA50 ; Baka Baru Yang Mengambil Alih Tempat Musang King Sebagai Raja Durian

Trending

ASFA50 ; Baka Baru Yang Mengambil Alih Tempat Musang King Sebagai Raja Durian

Kini terdapat baka baru durian yang diberi nama “ASFA50” telah mengambil tempat musang king sebagai raja durian. Durian diraja ini diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 perkahwinan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Advertisement

Ferri Anugerah Makmur, pemilik syarikat pemasaran utama ASFA50 berkata, tidak berbau kuat dan tempoh matangnya yang lebih pendek adalah merupakan kelebihan pada baka ini. Katanya lagi, ASFA50 hanya mengambil masa 3 tahun sahaja untuk hasilnya dituai – berbanding musang king yang mengambil masa sehingga 9 tahun.

Ferri juga menambah,

Rasa serta kualitinya mampu menyaingi kehebatan Musang King terutama dalam kalangan rakyat China dan juga Eropah

ASFA50 ditanam syarikat milik Tuanku Syed Sirajuddin dan pada Mei lalu, ASFA50 telah diwartakan sebagai buah diraja Perlis

Pihak syarikat ini juga menyatakan, penyelidikan di tanah seluas 50 hektar di utara tanahair masih dijalankan dan dijangka menbuahkan hasil pada 2020.

Pokok baka tanaman itu dilaporkan hanya setinggi 5 meter dan 2 meter lebar. Ianya mampu berbuah sebnayak 2 kali setahun.

Baka durian tersebut dihasilkan oleh warga Thailand yang lahir di Malaysia. Selama 30 tahun masa diambil bagi menghasilkan baka klon itu. Ferri juga menyatakan bahawa baka baru ini adalah kombinasi di antara Musang King, Udang Merah, Durian Tembaka dan Black Thorn.

Setakat ini ASFA50 dijual dengan harga RM60 untuk 1 kilogram. Namun harganya itu mungkin akan diturunkan jika permintaan ke atasnya meningkat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...