“Aset Tak Ada, Credit Card RM15K” – ‘Circle’ Semua Golongan M40, Wanita Gaji RM2400 Akui Berhutang Ratusan Ribu Ringgit

Kehidupan

“Aset Tak Ada, Credit Card RM15K” – ‘Circle’ Semua Golongan M40, Wanita Gaji RM2400 Akui Berhutang Ratusan Ribu Ringgit

Baru-baru ini, di laman X, tular satu ciapan luahan hati seorang wanita berusia 27 tahun yang kini hidupnya dipenuhi dengan hutang di keliling pinggang.

Tekanan keluarga dan kenalan rapat dari golongan M40

Hal itu berlaku kerana dirinya terlalu mengikuti jangkaan keluarga dan kehidupan kenalan rapat yang datang dari golongan M40.

Advertisement

Biasa orang share pasal aset. Aku nak share pasal hutang. Hutang kereta RM40,000 dengan ansuran 9 tahun, hutang peribadi RM38,000 ansuran 7 tahun, kad kredit sebanyak RM15,000 dan akhir kali sewa berjumlah RM500.

Bukan sekadar tidak memiliki aset, malah wanita itu memaklumkan gaji asasnya hanya RM2400 dan bergantung komesin pada setiap bulan untuk dapatkan angka yang lebih tinggi.

Netizen simpati, nasihat golongan muda

Wanita terbabit mengakui berasa malu untuk memberitahu kepada keluarga serta kenalan rapat dari golongan M40 itu bahawa dirinya kini miliki hutang yang banyak ekoran tekanan orang terdekat.

Meninjau di hantaran tersebut, netizen kebanyakannya meluahkan rasa simpati dengan situasi kewangan wanita itu dan merasakan ini merupakan realiti sebenar situasi kewangan golongan muda pada masa kini.

komen

guru sukarela mahu mufliskan diri
1 month ago

Guru 33 Tahun Sukarela Mahu ‘Mufliskan’ Diri, Tak Terdaya Bayar Hutang & Komitmen Tinggi Setiap Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...