Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat terbaru daripada agensi luar berkaitan harta dan pemilikan aset bernilai tinggi milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga.
Katanya, SPRM kini membuka lapan kertas siasatan baru berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya untuk menyiasat tentang harta-harta yang tidak diisytihar suatu ketika dahulu.
Jadi maklumat terbaru menunjukkan pemilikan aset-aset arwah, keluarga dan sekutunya yang bernilai tinggi yang tidak diisytihar kepada kami.

Kredit: Mohd Fadli Hamzah/HarianMetro
Dedah Azam, aset-aset berkenaan dikesan di Switzerland, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain dan kini SPRM sedang berhubung dengan beberapa pihak berkuasa negara luar untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Ia tidak mudah kerana kita perlu mengikut prosedur undang-undang seperti Mutual Legal Assistance (Bantuan Perundangan Bersama).
Setakat ini, sebanyak RM2 bilion aset dan harga milik Allahyarham sudah dibekukan sejak kes disiasat pada Februari 2023.
Bagi maklumat terbaru ini siasatan akan dijalankan sekiranya benar tidak diisytiharkan ia adalah satu kesalahan. Walaupun ketiadaan Tun Daim tetapi kita akan mencadangkan untuk harta dan aset berkenaan dilucut hak kepada kerajaan.

Kredit: Zahid Izzani/The Edge
Bagaimanapun, kata Azam ianya bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk bersetuju atau tidak dan difahmkan saksi-saksi kini sedang dipanggil SPRM.
Untuk memastikan adakah harta ini diperoleh secara sah atau tidak termasuk dengan memanggil proksi dan ahli keluarga.
Dalam kes ini saya memberi tempoh selama lebih kurang dua bulan kepada pegawai penyiasat untuk menyiapkan siasatan berhubung dengan lapan kertas siasatan yang baru dibuka.