“Aset Negara Tu…” – Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

Kehidupan

“Aset Negara Tu…” – Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

Sejak semalam, kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan beberapa buah motosikal di Jalan Hulu Langat menjadi bualan ramai di media sosial.

Kemalangan itu mendapat perhatian ramai apabila mangsa yang maut merupakan seorang pelajar bidang perakaunan terbaik dunia,

Advertisement

kemalangan di Bukit Ampang

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata kemalangan itu berlaku pada jam 4.45 petang dan membabitkan empat buah motosikal serta dua kereta.

Berdasarkan kamera dari sebuah kereta, pemandu Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan dan menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan.

Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain cedera dan di bawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Sementara itu, di media sosial pula ramai netizen meluahkan rasa terkilan kerana mangsa maut merupakan pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Allahyarham Aysar Zahran Saiful Alimin sebelum ini berjaya  meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023.

“Pencapaian luar biasa Aysar, termasuk meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023, amat membanggakan kami,” tulis TYMBA Education di Facebook.

mangsa maut kemalangan Bukit Ampang

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bakal pengantin maut
1 week ago

"Impian Kita Tak Kesampaian.." - Lagi 5 Hari Nak Kahwin, Lelaki Luah Rasa Sedih Bakal Isteri Maut Akibat Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...