Aset Murah Tapi Berkualiti Tinggi, Graduan Perubatan Malaysia Jadi Pilihan Utama Di Singapura

Gaya Hidup

Aset Murah Tapi Berkualiti Tinggi, Graduan Perubatan Malaysia Jadi Pilihan Utama Di Singapura

Graduan perubatan Malaysia kini dilihat semakin menjadi pilihan utama di hospital-hospital di Singapura, dengan banyak pihak menganggap mereka sebagai ‘aset murah tetapi berkualiti tinggi’.

Melalui laporan FMT, seorang doktor yang berkhidmat di salah sebuah hospital di Singapura mengatakan graduan perubatan Malaysia dilihat mempunyai kelebihan tersendiri yang menjadikan mereka pilihan dalam sektor perubatan negara berkenaan.

Advertisement

Doktor yang hanya ingin dikenali sebagai Dr. Akram ini mendakwa graduan perubatan dari Malaysia boleh ditemui di hampir semua hospital di Singapura dan mereka menjadi pilihan kerana sistem latihan doktor pelatih di Malaysia yang menyeluruh.

Kehebatan latihan perubatan Malaysia

Hospital tempat saya bertugas kini, sekitar 40% petugas perubatannya terdiri daripada graduan universiti terkemuka di Malaysia.

Dr. Akram memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital di Malaysia sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Singapura setelah hanya bertugas selama enam bulan.

graduan perubatan Malaysia ‘aset murah tapi berkualiti’

Menurutnya, Singapura kini dalam proses pembinaan dua hospital baru dan sudah tentu lebih ramai graduan perubatan serta pegawai perubatan dari Malaysia dijangka akan ‘dipancing’ untuk bekerja di sana.

Trend graduan perubatan Malaysia ke Singapura meningkat

Data dari Kementerian Kesihatan Singapura menunjukkan bahawa terdapat 11 hospital awam dan 9 hospital swasta di negara itu serta 10 pusat pakar untuk pelbagai bidang seperti kanser, jantung, penyakit berjangkit, dan pergigian

Pada 20 Mac lalu, The Star melaporkan terdapat peningkatan dalam trend graduan perubatan Malaysia yang memilih untuk pergi ke Singapura untuk latihan siswazah

graduan perubatan Malaysia ‘aset murah tapi berkualiti’

Trend ini jelas menunjukkan bahawa Singapura semakin menjadi destinasi pilihan bagi graduan perubatan Malaysia.

Tarikan gaji serta kemudahan

Menurut Dr. Akram, ramai rakan-rakan sebidang di Malaysia yang merancang untuk bekerja di luar negara, terutamanya di Singapura, kerana mereka tertarik dengan gaji yang lebih lumayan serta kemudahan lain yang ditawarkan.

Singapura menawarkan layanan yang lebih baik, keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan serta manfaat tambahan yang lebih setimpal dengan tanggungjawab serta beban tugas.

graduan perubatan Malaysia ‘aset murah tapi berkualiti’

Di Malaysia, kebanyakan pegawai perubatan sering mengalami masalah ‘burnout’ akibat tekanan kerja, kurangnya perhatian terhadap kebajikan, dan ketidakseimbangan antara kehidupan dan kerjaya. Gejala ini seakan tiada penghujungnya.

Kelebihan bekerja di Singapura

Bukan itu saja, malah di Singapura, mereka menawarkan laun bulanan yang menarik, termasuk elaun perumahan dan elaun kesejahteraan diri setiap tahun.

Memohon cuti di sini lebih mudah berbanding di Malaysia yang sering kekurangan tenaga kerja. Di Singapura, sistem kerja dan kesejahteraan lebih dijaga, menjadikan ia tempat yang lebih ideal untuk bekerja dalam jangka masa panjang.

Beban kerja juga menjadi salah satu faktor utama yang menarik minat pegawai perubatan untuk berkhidmat di Singapura.

Dr. Akram menjelaskan bahawa di Singapura, seorang pegawai perubatan hanya merawat sekitar 20 pesakit sehari dan ia berbeza dengan situasi di Malaysia, di mana seorang doktor terpaksa merawat sehingga 40 pesakit dalam sehari.

4 months ago

Jururawat Malaysia Ditawar Gaji Lebih RM14K Di Hospital Singapura & Bonus 3 Bulan Gaji Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...