Penyanyi lagenda, Amy Search khabarnya sedang rancak berniaga makanan gara-gara bosan tidak melakukan sebarang aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua ini.
Dia yang pada mulanya sekadar suka-suka memasak bersama isteri, Norish ketika berada di rumah mula bertanyakan kepada pengikut Instagramnnya sama ada mereka sudi membeli makanannya jika dijual. Tidak sangka mendapat sambutan hangat daripada peminat, kini Amy dan isteri tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan.
Berikutan itu, hidangan Asam Pedas Daging Keting resipi asli miliknya itu telah membuatkan aktiviti beliau sepanjang musim PKP 2.0 ini semakin sibuk dan terisi dengan akitivit memasak.
View this post on Instagram
“Kita fikir apa nak buat. Berkebun sudah, semua sudah, tapi tak boleh ke mana-mana. Jadi saya cakap isteri, masaklah jom. Cuba jual. Tak sangka banyak pula yang minat dan buat tempahan. Pagi-pagi dah bersilah di dapur. Alhamdullilah, rezeki.”
Meninjau ruangan Instagram penyanyi lagu lagenda Isabella ini, beliau dilihat memasak sendiri resipi tersebut yang lebih dikenali sebagai Beef Shank di mana penghasilan menu tersebut telah menggunakan hampir mencecah 10 kilogram daging bagi memenuhi tempahan pelanggan.
Dalam pada itu, Amy turut berseloroh apabila tidak menyangka resipinya itu mendapat tempat di hati peminat dan merasakan seperti ingin menukar kerjaya daripada seorang penyanyi kepada cef masakan.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang pakar masakan namun hanya menggunakan resipi turun temurun yag dipelajari daripada ibu serta arwah ayahnya, Rahman.
Jika anda nak tahu, Amy Search sebelum ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang mempunyai kemahiran memasak. Selain asam pedas, Amy juga berbakat dalam menghasilkan Sambal Sardin serta Sup Tulang. Dia kini turut memiliki perniagaan minuman berupa Kopi Phewwwitt yang masih aktif dijual sehingga kini.