Asam Laksa Pulau Pinang Disenarai Tempat Ke-7 Makanan Terbaik Di Dunia

Trending

Asam Laksa Pulau Pinang Disenarai Tempat Ke-7 Makanan Terbaik Di Dunia

Seakan memberi berita gembira kepada negara, Cable News Network (CNN) tampil menyenaraikan Asam Laksa Pulau Pinang sebagai makanan ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik di dunia.

Menggambarkan asam laksa sebagai hidangan yang akan membuat hidung berair sebelum sudu menyentuh bibir, makanan itu turut tersenarai sebaris masakan popular dari Jepun dan China, iaitu sushi dan Peking Duck, yang masing-masing berada di tangga keempat dan kelima.

Advertisement

Untuk rekod, Thailand mengguli carta pertama dengan masakan kari Massaman, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).

Tidak ketinggalan, Pho Pho (mi sup) dan Goi Cuon (popiah segar) dari Vietnam juga antara yang tersenarai dalam carta tersebut. 

Sumber: CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...