“Asalkan Tak ‘Derhaka’” – Jual Inai Harga Murah Dipersoal, Che Ta Naik Hairan Dengan Netizen

Hiburan

“Asalkan Tak ‘Derhaka’” – Jual Inai Harga Murah Dipersoal, Che Ta Naik Hairan Dengan Netizen

Pelakon jelita, Rozita Che Wan yang kini bergelar usahawan produk kecantikan baru-baru ini ada mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik beberapa video di Instagram miliknya.

Rozita yang kini laris menjual produk inai juga meluahkan rasa terharu dan gembira dengan sokongan peminat di luar sana yang tidak putus-putus menyokong perniagaannya itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap sesetengah peminat yang mempersoalkan harga inai yang dijualnya begitu murah dan mampu milik.

Kata netizen, Che Ta sepatutnya meletakkan harga mahal kerana produk inai itu sering sahaja ‘sold out’ di pasaran.

Hampa ni dok tanya kami kenapa tak jual mahal sebab kami artis. Okay lah kan RM15 ja! Hampa happy pakai, kami pun happy. Ka hampa nak kami naikkan jadi RM29?

Ujar Che Ta, dia tidak mahu menjual produk inai tersebut dengan harga yang terlalu mahal kerana mahu pelanggan di luar sana gembira memakai inai yang mampu milik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam pada itu, ada juga komen-komen nakal netizen yang membandingkan harga inai Che Ta dengan inai NunHa yang dikeluarkan oleh Neelofa.

“Jual murah salah, jual mahal lagi lah kena kecam. Hm, yang pasti inai Che Ta memang terbaik” komen seorang netizen.

Nanti letak harga tinggi, orang persoal pulak. Betul tak?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Jaga Tepi Kain Sendiri" - Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...