Elly Mazlein tampil memberi respon mengenai kritikan yang diterimanya mengenai insiden ‘bergolek’ ketika mengacarakan sebuah program hiburan baru-baru ini.
Kata Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina itu, dia tidak ambil hati dengan kata-kata negatif yang dilempar netizen terhadapnya.
Malah, dia gembira sekiranya kontroversi itu atau isu sensasi membabitkan namanya turut membuat netizen di luar sana gembira dan terhibur.
Meriah ya Kak Lina dengar di sosial media. Tak apa, Kak Lina tak ambil hati. Asal warga sosial media gembira, Kak Lina pun gembira juga.
Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan yang beraksi tergolek di atas pentas Big Stage kononnya sebagai protes dia tersingkir daripada program tersebut setelah mendapat dua markah daripada juri tetap, Ajai.
Berikutan aksi itu, segelintir netizen merasakan tindakan spontan Kak Lina sebagai tidak sesuai dan berlebih-lebihan apatah lagi statusnya sebagai wanita dan seorang ibu.