Isteri kepada pempengaruh terkenal, Haqiem Stopa, iaitu Aireen Sofia, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa hantaran berbaur emosi di platform Threads yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Dalam perkongsian tersebut, Aireen menulis bahawa dia tidak kisah dilabel ego, asalkan maruah diri dan anaknya terbela.

Saya tak peduli kalau orang kata saya ego, asalkan maruah diri dan anak saya terbela.
Tambahnya lagi, dia hanya memohon doa yang baik-baik buat dirinya tanpa menjelaskan secara terperinci punca luahan berkenaan.
Saya cuma nak orang doakan yang baik-baik saja untuk saya.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen mula membuat andaian bahawa rumah tangga pasangan pempengaruh tersebut kembali bermasalah, memandangkan ini bukan kali pertama hubungan mereka menjadi perhatian umum.

Setakat ini, Aireen mahupun Haqiem Stopa belum memberikan sebarang kenyataan lanjut, namun hantaran berkenaan terus menarik perhatian warganet yang berharap agar pasangan itu dapat menyelesaikan segala isu dengan baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
