Pelakon jelita, Izara Aishah memberitahu bahawa sikap menyayangi diri sendiri atau dengan kata lain ‘self-love‘ sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Isteri kepada Adib Khalid ini berkata, dia sering mempraktikkan perkara tersebut seperti contoh berhias cantik meskipun hanya duduk di dalam rumah dan tidak kemana-mana.
View this post on Instagram
Katanya lagi, setiap orang harus tahu untuk menggembirakan diri sendiri tambahan kita semua berada dalam krisis pandemik COVID-19 yang pastinya membuatkan setiap individu berasa tidak bersemangat dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Saya suka buat diri saya gembira dengan bersolek cantik di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya di depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira, saya ni kuat berangan orangnya.
Perkara tersebut dikongsikan Izara ketika sesi secara maya yang diadakan untuk produk BeauRaya yang turutu disertai oleh ibu mertuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan juga Hawa Rizwana baru-baru ini.
View this post on Instagram
Dalam perkembangan lain, Izara turut bercerita mengenai impian dan pencapaian hidup yang ingin digapai di mana dia meletakkan sasaran untuk memperoleh lebih banyak anugerah pada masa akan datang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
unknown
July 30, 2021 at 10:01 am
kawin ngan org kaya.. suma terhidang depan mata boleh laa nak verangan depan cermin duploh hampat jam sehari.. please share something yg org boleh looked up
Anonymousjugak
July 30, 2021 at 4:01 am
Suami kaya dik…bolehlah berangan2 gitu…kak pun feel blessed hidup selesa, cuma ramai yg tak berapa berkesempatan, boleh duduk depan cermin 24jam…appreciating oneself tu bagus tapi jgn sampai terbawa vain…lebih baik kau share sesuatu membangun…belajar khusus online ke gitu…apapun kau mmg dah cantik