“Asalkan Dapat Nafkah, Insurans Dan Rancang Beli Rumah, Cukuplah” – Shila Amzah Tak Mahu Ubai Tertekan Kahwin Nanti

Hiburan

“Asalkan Dapat Nafkah, Insurans Dan Rancang Beli Rumah, Cukuplah” – Shila Amzah Tak Mahu Ubai Tertekan Kahwin Nanti

Semakin mendekati hari bahagia, pasangan yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan, Shila Amzah dan Ubai dilihat semakin teruja untuk hidup bersama.

Baru-baru ini, Shila ada berkongsi mengenai sumber pendapatannya yang didakwa lebih banyak berbanding Ubai sehingga membuatkan Ubai sedikit tertekan dan terganggu.

Advertisement

Tidak menganggapnya sebagai satu batu penghalang, Shila berkata jika ada perkara tertentu dipenuhi Ubai, itu sudah memadai.

Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang memang tak mungkin.

Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang.

Shila juga meluahkan rasa simpati dan kasihan apabila Ubai terpaksa bekerja keras bagi merapatkan jurang kehidupan mereka.

Shila AmzahSumber : Instagram  

Kasihan dia umur 25 tahun tapi kena ‘pecut’ untuk nak sama tara dengan saya. Saya cakap buat sehabis daya, ditahap mana rezeki Allah bagi buat masa sekarang ni pun dah cukup.

Terdahulu, Shila telah mengikat tali pertunangan bersama Ubai pada awal minggu ini dalam sebuah majlis tertutup.

Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 2018 namun bercerai pada tahun 2022.

Hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Shila amzah
2 years ago

Berkonsepkan Makanan, Pelamin Tunang Shila Amzah Dan Ubai Dikritik Seperti 'Nasi Goreng Cina Tiga Pinggan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...