Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Asalkan Ada Mak..” Jue Aziz Tunai Impian Ibu Khatam Al-Quran, Tak Kisah Tiada Jodoh

Pelakon jelita, Jue Aziz tampil meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya khatam Al-Quran pada hari kelapan bulan Ramadan tahun ini.

Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement
Jue AzizSumber : Google  

Ujar Jue, dia berjaya menghabiskan semua juzuk naskah suci itu dalam masa yang singkat kerana mahu menunaikan permintaan bonda tersayang, Nor Asmah Mohd Nor sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-69 pada hari Ahad ini.

Berasa teruja apabila dapat memenuhi hasrat ibunya itu, Jue juga memberitahu bahawa terdapat satu lagi permintaan yang diminta ibunya iaitu mempunyai pasangan hidup.

Jue AzizSumber : mStar Online  

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu..Alhamdullilah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah selasa (20 April). Satu je lagi permintaan mak orang (Jue) tak dapat tunaikan. Jodoh! Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak asalkan ada mak…”

Jue yang kelihatan sebak dalam hantaran tersebut berkata dia menguatkan diri untuk menyempurnakan impian tersebut selepas melihat akan semangat ibunya itu yang kuat.

Advertisement

Pelakon filem Hantu Bonceng itu juga mengucapkan doa selama sempena sambutan hari kelahiran ibunya.

Jue AzizSumber : Google  

Sekadar info, Jue Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 sebelum mendedahkan mereka sudah bercerai pada Januari 2019 yang lalu.

Perkahwinan Jue dan Bayu tidak dikurniakan sebarang cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish Naufal yang kini berusia tujuh tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymousjugak

    April 24, 2021 at 11:26 am

    Cantik Jue…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama