April 17th, 2019

Baru-baru ini, timbul fitnah mengatakan Datuk Fizz Fairuz ditangkap khalwat dalam satu serbuan yang dilakukan di Terengganu. Sebagai seorang isteri, Datin Almy Nadia sangat tenang, tidak mudah melatah dan hanya ketawa saat mendengar berita tersebut.

Katanya, pihak yang menuduh Fizz sepatutnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita tidak benar. Almy meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada suaminya itu.

Kali pertama saya yang tahu perkara ini dan baru saya beritahu dia. Serta apa yang dimuat naik di laman Instagram, Fizz yang tulis. Kalau pihak berkenaan kata orang lain yang DM dia, kenapa tidak selidik dulu? Tapi saya gembira sebab suami saya ada dengan saya dan saya percaya dia.

Masa mula-mula tahu mengenai tuduhan itu, saya hanya ketawa kerana suami ada dengan saya ketika itu. Kalau dia tiada dengan saya pun, saya tidak akan percaya. Kalau saya kata saya percaya suami 100 peratus, netizen marah pula, kata jangan percaya 100 peratus. Dia pergi Terengganu atas urusan kerja dan saya tiada rasa was-was. Tak perlu kot nak curiga.

Almy pada masa yang sama mengakui terkilan dan kecewa mengapa suaminya selalu dipandang negatif dan dihimpit dengan kontroversi serta tuduhan yang tidak berasas.

Mungkin saya frust sebab asal jahat je laki aku. Jahat sangat ke laki aku? Saya percaya suami saya, anak dah tiga pun. Kalau dia nak buat perangai mungkin masa zaman jahiliah la kot. Tak payah nak buat perangai sangatlah.

Bagus Fizz dapat seorang isteri yang begitu menghormati, menyayangi dan mempercayai suaminya.

Sumber Berita : Media Hiburan


29 responses to “Asal Jahat Je Laki Aku, Saya Percayakan Suami Seratus Peratus – Almy Nadia”

  1. CiK piNgu says:

    “Saya percaya suami saya, anak dah tiga pun. Kalau dia nak buat perangai mungkin
    masa zaman jahiliah la kot. ”

    ak doakan laki ko buat perangai! sb nyampah ngn statement ko..
    dari org bsimpati ngn ko sb kena kutuk gemok, terus org nyampah sb sikap meroyan tu. elok ko grooming diri sikit pun jadilah, lps tu kurangkan royan, jaga kualiti as datin.

  2. Anonymous says:

    jelmaan ecah sup bunjut ke ni

  3. Muka Tin Tin semakin auntie obasan says:

    Apa susah? Islam izinkan suami nikah 4 kan? Bila suami dan madu madu mau “extend masjid” tu, redha dan terima jerlah kalau diri tu semakin kurang menarik tu? Kalau pasangan suami isteri bahagia dengan rumah tangga mereka, aura mereka memang jelas kelihatan. Pasangan suami isteri ini pula, look at her then look at him, apakah aura mereka terpantul kat muka mereka? Are they happily married ke struggling to keep their marriage?

Loading...