AS Turunkan Tarif Terhadap Malaysia Kepada 19 Peratus – “Kami Utamakan Rakan Dagang Utama..”

Hiburan

AS Turunkan Tarif Terhadap Malaysia Kepada 19 Peratus – “Kami Utamakan Rakan Dagang Utama..”

Melalui laporan Berita Harian, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah pun menandatangani perintah eksekutif, di mana Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus.

anwar ibrahim donald trump

Advertisement

 

Jika hendak dibandingkan sebelum ini, Trump menetapkan tarif untuk Malaysia adalah 25 peratus tetapi difahamkan, perbualan di dalam telefon antara Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor utama peratusan tarif itu diturunkan.

Info lain, AS juga telah mencapai perjanjian baharu dengan negara Korea Selatan, di mana tarif sebanyak 15 peratus, pembelian tenaga bernilai AS$100 bilion dan pelaburan AS$350 bilion dalam industri AS.

donald trump

 

Lebih 200 negara telah menghubungi pasukan perdagangan dan tarif kami. Kami utamakan rakan dagang utama, dan dua pertiga daripada 18 negara utama telah pun menandatangani perjanjian khas.

Difahamkan, langkah-langkah ini diambil susulan strategi Trump untuk menyusun semula hubungan perdagangan global dengan tarikh akhir yang tegas dan tekanan tarif sebagai alat rundingan utama.

85 peratus rakyat nikmati bil elektrik turun
2025-07-23 15:04:18

85 Peratus Pengguna Nikmati Penurunan Bil Elektrik Mulai Julai 2025 - PMX

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...