Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ary Malik yang telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.17 malam tadi. Berita sedih ini telah disampaikan oleh suami Ary Malik sendiri iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin. Sebelum ini Ary Malik telah dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat dan berada di dalam keadaan kritikal.
Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu. Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.
Semoga Ary Malik ditempatkan di kalangan orang yang beriman dah rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.