“Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat Tiga” – Saksi Kelima

Trending

“Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat Tiga” – Saksi Kelima

Pada prosiding inkues hari ini, Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan itu, awal pagi 16 Julai.

Saksi kelima, Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus memberikan keterangan mengenai simulasi kejadian.

Advertisement

Menurut Harian Metro, Maidon mendedahkan perkara itu ketika ditanya peguam ibu arwah, Shahlan Jufri sebab ujian simulasi menggunakan jatuhan patung itu dibuat di tingkat tiga bangunan asrama berkenaan.

Inspektor Maidon Bernadus kes Zara Qairina

Ujarnya, maklumat tersebut adalah berdasarkan siasatan yang dibuat oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung dan Maidon turut menerangkan simulasi insiden kejadian itu dibuat pada jam 3 pagi kerana waktu yang sama insiden membabitkan arwah Zara berlaku pada 16 Julai lalu.

Shahlan: Mengapa kamu membuat simulasi tersebut di tingkat tiga?

Maidon: Saya membuat simulasi tersebut di tingkat tiga setelah mendapat taklimat daripada pegawai penyiasat kes.

Shahlan: Siapakah pegawai penyiasat kes yang berikan taklimat tersebut?

Maidon: Inspektor Wong.

Zara Qairina

Shahlan: Adakah Inspektor Wong ini menjelaskan kepada kamu mengapa simulasi tersebut dibuat di tingkat tiga?

Maidon: Ada.

Shahlan: Apakah yang dijelaskan kepada kamu oleh Inspektor Wong, mengapa simulasi tersebut dibuat di tingkat tiga?

Maidon: Kerana melalui siasatan Inspektor Wong, iaitu siasatan awal. Menurut saksi di kedudukan itu dalam tandas tersebut, kedudukan terakhir mangsa dipercayai berada dalam tandas tersebut yang berhadapan dengan koridor.

zara qairina
2025-09-10 15:03:20

"Tiada CCTV Di Blok Asrama Zara Qairina" - Saksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...