“Arwah Yang Paling Tak Sabar Menanti”- Lelaki Terlibat Kemalangan Tak Sempat Sambut Kelahiran Anak Ketiga

Kehidupan

“Arwah Yang Paling Tak Sabar Menanti”- Lelaki Terlibat Kemalangan Tak Sempat Sambut Kelahiran Anak Ketiga

Penunggang motosikal yang maut dalam kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada minggu hadapan.

Memetik laporan Kosmo, isteri kepada mangsa, Norhanazielah Hanazi, 28, masih lagi dalam keadaan terkejut dan sebak atas kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi yang berusia 25 tahun.

Advertisement

DIfahamkan, wanita yang sarat mengandung itu pergi melihat sendiri keadaan suaminya selepas mendapat berita kemalangan oleh rakan-rakan.

 

Selain itu, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa arwah tidak sabar menunggu kelahiran anak ketiganya dan segala kelengkapan telah pun siap dibeli.

Norhanaziela turut memberitahu arwah sentiasa berdamping dengan anak-anaknya di rumah serta sanggup tidak pergi bekerja semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan.”

Dalam kemalangan yang berlaku, turut terkorban Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, yang juga rakan kepada arwah.

Jenazah Muhamad Eizreel telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.

mat rempit penang anak antoo
2 years ago

“Sorang-Sorang Cabut Lari” - Tular Kes Kemalangan Ngeri, Lelaki Ini Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Mat Rempit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...