“Arwah Tunjuk Banyak Petanda Nak Pergi, Alami Gangguan Mistik” – Isteri Lelaki Jatuh Jambatan Pulau Pinang

Kehidupan

“Arwah Tunjuk Banyak Petanda Nak Pergi, Alami Gangguan Mistik” – Isteri Lelaki Jatuh Jambatan Pulau Pinang

Isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang, tampil menceritakan keadaan suaminya yang didakwa mula berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu.

Menurut isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, arwah suaminya beberapa kali meracau serta menyatakan dia seolah-olah sedang dikejar oleh ‘ramai orang’, menyebabkan mereka sekeluarga mengambil keputusan berpindah dari rumah sewa di Padang Serai, Kedah ke rumah ibunya di Bertam, Seberang Perai Utara, minggu lalu.

Advertisement

Lelaki terjun jambatan dijumpai

Arwah suami pernah beritahu yang ramai orang sedang meligannya. Dia menangis sambil berkata yang dia tak sampai hati nak tinggalkan saya. Kami dah bawa dia berubat secara rawatan Islam termasuk di hospital.

Mengenai kejadian Ahad lalu, Nurul Natasha berkata dia dimaklumkan oleh rakan suaminya melalui panggilan telefon sekitar jam 8 malam.

Saya awalnya memang tak percaya. Dia keluar hari itu untuk pergi ke kedai dobi. Dia cuma kutip pakaian dia sahaja. Kalau saya tahu nak jadi begini, memang saya tak bagi dia keluar rumah.

Hamil anak ketiga, Nurul Natasha merayu agar orang ramai tidak membuat andaian atau menyebarkan prasangka buruk terhadap keluarganya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian ini.

“Mayat Suami Dah Jumpa..” – Tinggalkan Motosikal Dan Sebungkus Baju, Lelaki Terjatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Saya tak mahu orang kacau mental saya yang sedang kemurungan. Kami tak pernah cerita hal rumah tangga pada sesiapa. Jangan buat andaian sebab orang tak duduk di tempat kami. Arwah pun tak pernah cerita apa-apa masalah. Saya memang terkejut bila dia bertindak begitu..

Terdahulu, mayat Elmi ditemukan terapung berhampiran jeti Pengkalan Weld sekitar 9.35 pagi tadi, selepas hampir 40 jam dilaporkan hilang. Mangsa ditemui lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T putih. – KOSMO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki terjun jambatan dijumpai
2025-11-18 12:50:31

"Mayat Suami Dah Jumpa.." - Tinggalkan Motosikal Dan Sebungkus Baju, Lelaki Terjatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...