“Arwah Ibu Tanya, ‘Apa Lagi Ni Emran?” – Engku Emran Perjelas Gosip ‘Dating’ Dengan Fiza Halim, Kongsi Masalah Dengan Ustaz

Hiburan

“Arwah Ibu Tanya, ‘Apa Lagi Ni Emran?” – Engku Emran Perjelas Gosip ‘Dating’ Dengan Fiza Halim, Kongsi Masalah Dengan Ustaz

Mantan suami kepada beberapa selebriti, Engku Emran akhrinya tampil memberi penjelasan mengenai satu gosip yang mengaitkan dia dengan seorang pelakon iaitu Fiza Halim yang didakwa menjalinkan hubungan cinta setelah fotonya bersama anak-anak aktres itu tersebar di media sosial.

Engku Emran, 48, menafikan dua orang remaja yang bergambar bersama dirinya di rumah bukanlah anak kepada Fiza sebaliknya anak sahabatnya.

Advertisement

Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah. Bulan puasa mereka datang ke Malaysia, saya jamu dia buka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian. Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah.

Kongsinya lagi, gosip itu turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya iaitu Salmah Abu Bakar.

Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran? Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita, anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah.

Dalam pada itu, Engku berkata dia tidak selesa berkongsi masalah dengan rakan-rakan sebaliknya mencari orang berpengalaman seperti ustaz untuk mendapatkan nasihat.

Masalah saya ini kawan saya pun tak tahu. Bagi saya baik saya tanya ustaz, dia lebih berpengalaman tapi bukannya kawan saya tak berpengalaman.

Tapi saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Bila saya luahkan masalah pada kawan sedikit sebanyak akan terjejas.

Terdahulu, Engku Emran telah bercerai dengan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Nabila setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

engku emran
1 year ago

"Nak Cari Isteri Korea Pulak Lepas Ni Bro.." - Perkongsian Engku Emran Di Instagram Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...